NAMA SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH AGAMA BUKIT CHANGGANG
ALAMAT SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH AGAMA BUKIT CHANGGANG
BATU 36 JALAN DENGKIL
42700 BANTING KUALA LANGAT
SELANGOR DARUL EHSAN
Sejarah sekolah.
Di atas kesedaran tentang kepentingan pendidikan agama
Islam yang memuncak, maka pada tahun 1963 orang ramai membuat permohonan kepada
Jabatan Agama Islam Selangor untuk mendirikan sekolah agama. Bagi memenuhi
kehendak orang kampong pada masa itu, maka Jabatan Agama Islam Selangor telah
meluluskan permohonan tersebut, dengan itu terdirilah bangunan sekolah agama
bersebelahan dengan tapak masjid sedia ada.
Memandangkan sambutan yang menggalakkan dengan
bertambahnya penduduk berikutan pertambahan taman-taman perumahan, maka pada
tahun 1986 sekolah agama yang baru telah dibina bertempat di Lot 6224, Kampung
Bukit Changgang Kuala Langat, setentang dengan Sekolah Kebangsaan Bukit
Changgang. Bangunan ini menempatkan petabat pentadbiran sekolah, lapan buah
bilik darjah, bilik mesyuarat, bilik guru, kantin dan musolla.
Pada tahun 2011, buat pertama kalinya sekolah ini
mendapat jumlah pelajar mumtaz teramai iaitu seramai 27 orang dan sebelum ini
pencapaian mumtaz terbaik seramai 10 orang sahaja.
Pada tahun 2011 juga, Pihak PIBG Sekolah Rendah Agama
Bukit Changgang telah berusaha untuk mendapatkan bangunan tambahan baharu bagi menempatkan pelajar yang semakin
bertambah bilangannya dan juga untuk memberi laluan kepada pihak masjid membuat
pembesaran bangunan masjid bagi menampung bilangan jemaan yang semakin
bertambah juga.
Pada tahun 2012, permohonan telah diluluskan oleh Jabatan
Agama Islam Selangor. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah memperuntukkan
satu blok bangunan empat tingkat dan mempunyai 24 kelas dan 3 kelas pemulihan.
Selepas beberapa peringkat penangguhun untuk menyiapkannya yang dijangka siap
pada Oktober 2013, maka pada 17 Ogos 2014 penyerahan bangunan oleh pihak
kontraktor kepada Jabatan Kerja Raya kepada Jabatan Agama Islam dan seterusnya
diserahkan kepada pihak sekolah untuk menguruskannya. Seminggu selepas itu
setelah pihak sekolah berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keselamatannya
dengan disusuli doa selamat dari pihak Darul Syifa’, bacaan Yasin, dan Solat
hajat maka pada minggu berikutnya semua pelajar telah mula belajar dibangunan
yang baharu.
No comments:
Post a Comment