SEJARAH



Sejarah sekolah.
 
            Di atas kesedaran tentang kepentingan pendidikan agama Islam yang memuncak, maka pada tahun 1963 orang ramai membuat permohonan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk mendirikan sekolah agama. Bagi memenuhi kehendak orang kampong pada masa itu, maka Jabatan Agama Islam Selangor telah meluluskan permohonan tersebut, dengan itu terdirilah bangunan sekolah agama bersebelahan dengan tapak masjid sedia ada.
 
 
            Memandangkan sambutan yang menggalakkan dengan bertambahnya penduduk berikutan pertambahan taman-taman perumahan, maka pada tahun 1986 sekolah agama yang baru telah dibina bertempat di Lot 6224, Kampung Bukit Changgang Kuala Langat, setentang dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang. Bangunan ini menempatkan petabat pentadbiran sekolah, lapan buah bilik darjah, bilik mesyuarat, bilik guru, kantin dan musolla.
 

            Pada tahun 2011, buat pertama kalinya sekolah ini mendapat jumlah pelajar mumtaz teramai iaitu seramai 27 orang dan sebelum ini pencapaian mumtaz terbaik seramai 10 orang sahaja.

 

            Pada tahun 2011 juga, Pihak PIBG Sekolah Rendah Agama Bukit Changgang telah berusaha untuk mendapatkan bangunan tambahan baharu  bagi menempatkan pelajar yang semakin bertambah bilangannya dan juga untuk memberi laluan kepada pihak masjid membuat pembesaran bangunan masjid bagi menampung bilangan jemaan yang semakin bertambah juga.

 

            Pada tahun 2012, permohonan telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah memperuntukkan satu blok bangunan empat tingkat dan mempunyai 24 kelas dan 3 kelas pemulihan. Selepas beberapa peringkat penangguhun untuk menyiapkannya yang dijangka siap pada Oktober 2013, maka pada 17 Ogos 2014 penyerahan bangunan oleh pihak kontraktor kepada Jabatan Kerja Raya kepada Jabatan Agama Islam dan seterusnya diserahkan kepada pihak sekolah untuk menguruskannya. Seminggu selepas itu setelah pihak sekolah berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keselamatannya dengan disusuli doa selamat dari pihak Darul Syifa’, bacaan Yasin, dan Solat hajat maka pada minggu berikutnya semua pelajar telah mula belajar dibangunan yang baharu.  
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment