VISI ; SEKOLAH PENJANA GENERASI MUTTAQIN
MISI ; MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU DENGAN PENDIDIKAN BERKUALITI
MOTO SEKOLAH; DISIPLIN,DAYA USAHA DAN DOA.
PIAGAM PELANGGAN ;
KAMI BERTEKAD DAN BERAZAM INSYA ALLAH AKAN ;
· MENDIDIK DENGAN PENUH KESUNGGUHAN, IKHLAS DAN KASIH SAYANG KE ARAH MENCAPAI PERKEMBANGAN MURID YANG SEIMBANG DARI SEGI INTELEK, EMOSI, ROHANI DAN JASMANI.
· MELAHIRKAN GENERASI BERKUALITI YANG SEDIA MEMBERI KHIDMAT KEPADA AGAMA DAN UMMAH.
· MELAKSANAKAN TGAS DENGAN SEGERA, PRO AKTIF, KREATIF DAN BERHIKMAH.
· MEWUJUDKAN BIAH SEKOLAH YANG SOLEH, HARMONI, BERSIH, KONDUSIF DAN SELAMAT.
· MENJALIN KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN DENGAN IBU BAPA, ALUMNI DAN KOMUNITI UNTUK PERKONGSIAN PENDIDIKAN BESTARI.
· BERSEDIA MENERIMA PANDANGAN, KEPAKARAN DAN TEGURAN YANG POSITIF DEMI KECEMERLANGAN PRESTASI SEKOLAH.
OBJEKTIF SEKOLAH ;
· MENGENAL MEMPELAJARI, MEMAHAMI DAN MENGHAYATI ASAS-ASAS AKIDAH DAN IBADAH SERTA SENTIASA BERSYUKUR KEPADA ALLAH.
· DAPAT MEMBACA AL QURAN DENGAN BAIK DAN BERTAJWID SERTA DAPAT MEMAHAMI DAN MENGHAYATI PENGAJARAN YANG TERKANDUNG DIDALAMNYA DI SAMPING MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN.
· MEMBENTUK PERIBADI MULIA, BERFIKIRAN POSITIF, BUDAYA KREATIF, PRODUKTIF SERTA SENTIASA BERDAYA TAHAN DAN BERDAYA MAJU.
· DAPAT MEMUPUK KEMAHIRAN MENULIS DAN MEMBACA JAWI SERTA DAPAT MEMPERTAHANKANNYA.
· MEMPELAJARI, MEMAHAMI DAN MEMUPUK KEMAHIRAN BERBAHASA ARAB SAMA ADA SECARA LISAN DAN TULISAN.
· DAPAT MELAKUKAN DAN MENGHAYATI AMALAN-AMALAN FARDHU AIN, FARDHU KIFAYAH DAN SUNAT DENGAN BAIK MENERUSI PELAJARAN AMALI.
LAGU SEKOLAH ;
SRA BUKIT CHANGGANG KEBANGGAAN KITA
MENUNTUT ILMU BERSAMA
TEKUN BERKERJA RAJIN BERUSAHA
MENCAPAI CITA MULIA
USAHA MAJU DAN BERJAYA
MENJADI LAMBANG SEKOLAH KITA
MARILAH KITA BERSATU PADU
DENGAN SEMANGAT BERKOBAR
MAJULAH DAN TERUS MAJU
SRA BUKIT CHANGGANG
MARILAH KITA BERSATU HATI
DENGAN SEMANGAT BERKOBAR
MAJULAH DAN TERUS MAJU
PENGERTIAN LOGO
SEKOLAH RENDAH AGAMA BUKIT CHANGGANG.
1. Kubah berwarna hijau melambangkan agama Islam menaungi umat Islam.
2. KitaB melambangkan Al Quran dan Sunnah menjadi panduan hidup.
3. Bentuk geometri merah kuning melambangkan Selangor menjadi negeri maju dunia dan akhirat.
4. Warna Kuning melambangkan kepatuhan kepada raja.
5. Moto sekolah “ Disiplin Daya Usaha Doa”
6. Merah melambangkan keberanian.
7. Merah dan kuning bertingkat melambangkan ilmu Allah Taala meningkatkan darjat seseorang hambanya.